Pengakuan & Penipuan

Aku mengaku kerana aku telah menipu .
Kau menipu dan kau telah mengaku .

Maksud yang sama , situasi berbeza , dan lain orangnya .

Aku mengaku segala penipuan aku selama berkenalan dengan mu sayang , tiada apa lagi yang aku sorokkan , sembunyikan , sisipkan daipada pengetahuan kau . Bangga nya aku bila berjaya belaku jujur pada kau saya ng . Tapi ternyata bangga aku di selubungi rasa kesedihan , kesedihan kerana kau menipu aku selama 3 bulan 5 hari dan hari ini kau meminta maaf padaku  . . . Sayang , kenapa kau menipu dari awal lagi ? Ya memang aku banyak kali menipu mu . . . tapi kau dari mula sudah menipu . Hampa sungguh hatiku .

Jatuh , Berkecai , Rapuh , Luluh 
Perkataan itu yang sesuai mungkin untuk mengambarkan keadaan hati aku bila mendengar pengakuan mu sayang .
Mungkin aku yang bersalah .
Mungkin aku yang berdosa 
Mungkin aku yang khilaf
Mungkin aku yang jahil
Dalam Perhubungan kita

Walaupun kau menipu aku dari mula , ya aku percaya penipuan aku lebih maksima impaknya . . 
Aku Minta Maaf . . . 

Mungkin orang akan gelar aku 
"BODOH"
"DUNGU"
"BANGANG"
"BAHALOL" 
kerana mendiamkan diri di saat aku telah tahu akan penipuan mu yang bermula sejak dari awal lagi .
Aku yakin , setiap kejahatan tak perlu dibalas dengan kejahatan 
So why not aku yang Meminta Maaf walaupun hati aku terguris

Kesalahan aku sudah berjaya membutakan mata aku untuk melihat kesalahan kau sayang
akhir kata ,
MAAFKAN AKU SAYANG :')


Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

No comments:

Post a Comment