MAAFKAN KAMI SYRIA , GAZA & PALESTIN

Derita kita 
Derita kita menanti majunya negara
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan
Derita kita apabila tiada wang untuk berbelanja
Derita kita kerana anak kita mula menderhaka

Derita mereka
Derita mereka apabila anak mereka menjadi kubu 
Daripada ditembusi peluru - peluru Yahudi
Yang merobek kulit !
Mengeluarkan isi - isi perut anak- anak kecil yang tidak berdosa !
Itulah derita para ibu di bumi GAZA

Derita ibu di bumi kita 
Derita belum sempat membeli gelang baru 
Derita belum sempat membeli rantai baru 
Derita kerana baju yang ditempah tidak lagi siap

BUMI GAZA , 2012
menjadi tontonan cerita perang
 di dalam televisyen umat Islam yang Berbillion - billion

Wahai GAZA 
Kami saudara kamu
Kami seagama denganmu
Kami juga lelaki yang gagah seperti kamu
Kami memohon Ampun kepadamu wahai Gaza

Wahai SYRIA
Kami memohon maaf 
Kami tidak menghantar kereta - kereta kebal kami
Kami meminta maaf 
Kami tidak sampai untuk menghantar askar - askar yang setanding dengan ZIONIS ! 

Wahai PALESTIN
Kami memohon beribu kemaafan 
Kami hanya mampu menjadi penonton kepada cerita perang itu
Mohon kemaafan yang berjuta
Kami hanya mampu melihat dimana darah-darah ANAK-ANAKmu
ISTERI-ISTERImu dan KELUARGAmu
jatuh di atas bumi yang sangat suci

Wahai GAZA 
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad
terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para SYUHADAHmu

Wahai SYRIA
Walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu
Terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasadmu untuk berjuang menentang apa jua serangan daripada YAHUDI

Wahai PALESTIN
Walaupun kami tidak merasai kesakitan bersamamu 
Terimalah doa kamu untuk terus menjadi panji-panji kamu di medan peluru besi

Wahai GAZA 
Wahai SYRIA
Wahai PALESTIN

MAAFKAN KAMI , TERIMAKANLAH DOA DARIPADA KAMI , DAN SUDILAH KIRANYA ROH-ROH KAMI BERSEMADI BERSAMA JASAD - JASADMU










Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

No comments:

Post a Comment