- Wasiyyah Buat Seagama Denganku

Ini adalah wasiyyah buat mereka yang seagama denganku , aku cuba untuk mengingati diri aku dan kamu serta kita semua yang mungkin sedikit terleka . Ingatlah dengan sebenar ingatan akan kata-ll ini wahai sahabat dan ulangilah ia sehingga ia meresap ke seluruh hatimu dan terkesan pada setiap zarahmu.Kelak apabila dijemput pulang ke perkampungan AKHIRAT yang kekal, hendaklah kamu berpegang pada kata-ll ini dengan bersungguh-sungguh.

Beginilah pesanan aku buat kamu sekalian

1 ) Wahai sahabatku,jika kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja yang menyuburkan tanaman

2 ) Wahai sahabatku,engkau dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tertangga yang jahat

3 ) Wahai sahabatku,berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada disekelilingmu

4 ) Wahai sahabatku,jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-bura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati,menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari.Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

5 ) Wahai sahabatku,jika kamu mempunyai sahabat yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu

6 ) Wahai sahabatku,janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis dan meludahkan apa yang kamu rasa pahit.Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita sebaliknya

7 ) Wahai sahabatku,janganlah kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu.Jika tiada siapa yang lebih cerdas,pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan

8 ) Wahai sahabatku,janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan.Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada mereka yang lapar

9 ) Wahai sahabatku,jika kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkhawinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini kita akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkhawinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokan dunia sahaja.

10 ) Yang terakhir ialah , sampaikan lah pesanan ini kepada sahabat yang lain wahai sahabatku . tidak salah untuk kita saling pesan - memesan perkara yang baik berbanding yang lagha !


* KEHIDUPAN KITA INI DIIBARATKAN SEPERTI KAPAL YANG BELAYAR DI LAUTAN DALAM DAN TELAH BANYAK MANUSIA YANG KARAM DIDALAMNYA.JIKA KITA INGIN SELAMAT MAKA BELAYARLAH DENGAN KAPAL YANG BERNAMA TAKWA,ISI KANDUNGNYA IALAH AMAL SEDANG LAYARNYA PULA IALAH TAWAKAL KEPADA ALLAH

Ikhlas Daripada Sahabat Seagama Denganmu :
MUHAMAD SYAFIQ BIN MOHD NAZIR 
Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

- Sekadar Kertas !


Dunia sekarang ?
Ya , Aku persoalkan tentang sekarang !
Sekarang semua orang menjadi 
GILA
SOMBONG 
ANGKUH
BONGKAK
TULI
PEKAK
Dek kerana Sehelai 


YES ! just a piece of paper !


Sijil Kelahiran - KERTAS

Sijil Penghargaan - KERTAS
Sijil Kelulusan - KERTAS
Sijil Perkahwinan - KERTAS
Penulisannya - KERTAS
Passpot - KERTAS
Sijil perubatan - KERTAS
Jemputan ke program - KERTAS
Duit - KERTAS

SEMUA ITU HANYA KERTAS !


Kehidupan ini adalah seperti kertas, dilipat, disimpan, dikoyak dan dibuang. Dunia semuanya seperti kertas. Berapa ramai yang bersedih kerana KERTASnya, bangga kerana KERTASNya, malu kerana KERTASnya dan gembira kerana KERTASNYA.

Hanya satu kertas yang DIMILIKI seseorang tetapi TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri, SIJIL KEMATIANNYA. Kerana itu pastikan lah segala penulisan yang bakal ditulis di atas itu semuanya baik-baik belaka sebelum sijil itu dikeluarkan. Dan pastikan semua kandungan kertas-kertas yang tersebut di atas membawa erti dan makna bahagia hakiki melepasi dunia ini.

Aku menulis bukan untuk menunjukkan aku ini sudah cukup baik , tetapi aku cuba untuk menjadi baik . Aku mengarang bukan untuk mendapatkan perhatian , tetapi untuk cuba membuat kalian lebih prihatin . Aku berkata bukan untuk suka-suka , tetapi aku sedih melihat mereka yang suka untuk mengata . 

Ini nukilan aku !
Ini tulisan aku !
Ini nukilan aku !
Ini omongan aku !
INI AKU KESATRIA MOHD NAZIR ISMAIL !

MacDonalds Johor Bharu City Square
15.0035 pm
Ahad


Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

- Tupai Mana Yang Tak Pernah Jatuh Ke Tanah ?

Tak perlu aku huraikan , 
Tak perlu aku jelaskan ,
Kau perlu sedar , 
Dan kau perlu sedar !

Sampai bila kau nak "melompat"
Seronok ke kau asyik "melompat" aje ?
Suka ea hidup dengan "lompat" dan "melompat" 


Selalu "melompat" pun penat jugak tau !
Tak baik !

Tupai yang selalu "melompat" tu pun JATUH jugak ke tanah !

Kau pun akan JATUH juga!
Dalam sedar atau pun tidak sedar !
Kau pun akan JATUH juga 
Dalam cepat atau lambat !

Saat kau sudah JATUH ,
Kau akan tahu apa padahnya MELOMPAT ,
Saat kau sudah JATUH ,
Kau akan tahu apa seriknya MELOMPAT



Eh jangan terasa wahai sebujur tubuh yang mempunyai roh bernyawa !
Eh Jangan terasa ,Jangan !
Ini bukan tentang kamu !
Kamu baik , kamu tak pernah "MELOMPAT"
Kamu juga cakap aku sahaja yang selalu "MELOMPAT"
So jangan lah terasa !
Hehe :)

*Bila kau dah mula JATUH dari LOMPATAN demi LOMPATAN , kau ingat aku nak tolong BANGUNKAN kau dan bantu kau untuk MELOMPAT lagi ? MAAF !


P/S : Sebelum nak MELOMPAT , pandang kiri kanan dulu sayang 
      , kan dah JATUH ! Pity on you manusia



Sekarang aku sedar !
Indahnya LOMPATAN-LOMPATAN mu itu BITCH !







Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini