Hari Ini Kau Jadi , Ulang Menjadi

Hari ini kau jadi , 
YA ! kau jadi dan kau telah pun terjadi
Apa yang telah terjadi pada hari ini adalah apa yang kau jadikan sayang

Aku kecewa , kenapa aku tidak bisa menyambut kegembiraan ulangan ini buat pertama kali .

Aku BINGGUNG !
Aku DUNGU !
Aku LUPA !
Aku ALPA !
Aku. . .

Ulangnya kau menjadi diri kau , aku hanya diam . tunduk . bisu dan kaku tanpa sebarang pegerakkan umpama tarikan graviti yang begitu kuat sedang menerpa ke seluruh ruang , rongga , dan liang ditelapak kaki aku

Aku binggung 
kenapa aku begitu bodoh kerana hanya berdiam diri tatkala kau impikan sesuatu yang mampu buat kau berhalusinasi .

Bukan aku lupa akan bila engkau jadi , cuma aku malu mengaku aku ada pada ulangan kau menjadi .
Bukan aku  lari dari hari engkau menjadi , cuma aku tiada hantaran untuk ulangan kau menjadi
Bukan aku sembunyi pada hari engkau jadi , cuma aku takut engkau kecewa kerana tiada siapa memberi di hari ulangan nanti

Hari itu engkau menjadi , dan hari ini ulangan kepada hari 
ulangan yang tiada henti bila tiba masanya 
ulangan yang tiada henti selagi kaki mu berpijak dibumi
ulangan yang tiada henti selagi diri kau masih berrespirasi 

Ini konklusi , 
Aku bukan lari , 
Aku cuma menyendiri

Menyendiri kerana malu tiada hantaran yang dapat aku beri sebagai kenangan di kemudian hari .
Menyendiri kerana sedih dengan diri sendiri yang hanya memberi ucapan dari mulut yang bakal hilang sebelum kau permisi
Menyendiri dan terus menyendiri
memikir akan ulanganmu menjadi yang tidak dapat direalisasi
I'm Sorry  . . . . 


SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-19
19 / 12 / 1993 - 2012


My Lovely : SITI HABIBAH BT MISMAN 
A . K . A
" SEPET "


P/S * sayang , biyy minta maaf sebab harijadi sayang yang pertama sepanjang  perhubungan kita niyy biyy tak sambut dengan baik and meriah . Biyy
minta sangat-ll sayang , In shaa Allah . tahun depan biyy pastikan 
sayang rasa , hari jadi sayang adalah paling bermakna . . 

Lastly i wanna to say 


SAYANGKU :')

Ikhlas daripada ::


Si Musafir Jalanan Awak :')


Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

MAAFKAN KAMI SYRIA , GAZA & PALESTIN

Derita kita 
Derita kita menanti majunya negara
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan
Derita kita apabila tiada wang untuk berbelanja
Derita kita kerana anak kita mula menderhaka

Derita mereka
Derita mereka apabila anak mereka menjadi kubu 
Daripada ditembusi peluru - peluru Yahudi
Yang merobek kulit !
Mengeluarkan isi - isi perut anak- anak kecil yang tidak berdosa !
Itulah derita para ibu di bumi GAZA

Derita ibu di bumi kita 
Derita belum sempat membeli gelang baru 
Derita belum sempat membeli rantai baru 
Derita kerana baju yang ditempah tidak lagi siap

BUMI GAZA , 2012
menjadi tontonan cerita perang
 di dalam televisyen umat Islam yang Berbillion - billion

Wahai GAZA 
Kami saudara kamu
Kami seagama denganmu
Kami juga lelaki yang gagah seperti kamu
Kami memohon Ampun kepadamu wahai Gaza

Wahai SYRIA
Kami memohon maaf 
Kami tidak menghantar kereta - kereta kebal kami
Kami meminta maaf 
Kami tidak sampai untuk menghantar askar - askar yang setanding dengan ZIONIS ! 

Wahai PALESTIN
Kami memohon beribu kemaafan 
Kami hanya mampu menjadi penonton kepada cerita perang itu
Mohon kemaafan yang berjuta
Kami hanya mampu melihat dimana darah-darah ANAK-ANAKmu
ISTERI-ISTERImu dan KELUARGAmu
jatuh di atas bumi yang sangat suci

Wahai GAZA 
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad
terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para SYUHADAHmu

Wahai SYRIA
Walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu
Terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasadmu untuk berjuang menentang apa jua serangan daripada YAHUDI

Wahai PALESTIN
Walaupun kami tidak merasai kesakitan bersamamu 
Terimalah doa kamu untuk terus menjadi panji-panji kamu di medan peluru besi

Wahai GAZA 
Wahai SYRIA
Wahai PALESTIN

MAAFKAN KAMI , TERIMAKANLAH DOA DARIPADA KAMI , DAN SUDILAH KIRANYA ROH-ROH KAMI BERSEMADI BERSAMA JASAD - JASADMU










Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini