Itu Ada Jawabnya ! ( Buat " Si Wanita Hari Ini " )


Setiap kemarahan yang terpancul ,
Setiap herdik yang timbul ,
Setiap garangnya kata .
Setiap bengisnya suara
Percayalah itu KASIH jawapannya

Biar aku marah menunjukkan kau salah , yang kau rasa hiba .
Yang bikin kau tunduk dengan kelalaian kau .
Yang bikin kau hampa kerana tidak menepati permintaan perhubungan .

Tapi percayalah , hakikatnya bukan KAU yang tidak SEMPURNA tetapi AKU !
AKU yang KEKURANGAN sini dan sana ,
kerana itu lagak ku begini .
KAU cukup SIFATNYA dari MATA AKU , dari HATI dan JIWA
Kerana kau ku angkat setinggi - tingginya , SEMPURNA setiap adanya .

Aku tak mampu menulis puisi cinta buat kau , kerana hebatnya kasih kau , kerana aku tenggelam dengan perkataan ku sendiri . Tidak ada satu perkataan yang mampu menggambarkan hebatnya kasih , walau perkataan " MULA " sekalipun . Dan saat ini kau tiada , aku lemah menagih kewujudan diri mu




Pulang cepat , PLEASE ....AKU RINDU

Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

No comments:

Post a Comment