- Wasiyyah Buat Seagama Denganku

Ini adalah wasiyyah buat mereka yang seagama denganku , aku cuba untuk mengingati diri aku dan kamu serta kita semua yang mungkin sedikit terleka . Ingatlah dengan sebenar ingatan akan kata-ll ini wahai sahabat dan ulangilah ia sehingga ia meresap ke seluruh hatimu dan terkesan pada setiap zarahmu.Kelak apabila dijemput pulang ke perkampungan AKHIRAT yang kekal, hendaklah kamu berpegang pada kata-ll ini dengan bersungguh-sungguh.

Beginilah pesanan aku buat kamu sekalian

1 ) Wahai sahabatku,jika kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja yang menyuburkan tanaman

2 ) Wahai sahabatku,engkau dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tertangga yang jahat

3 ) Wahai sahabatku,berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada disekelilingmu

4 ) Wahai sahabatku,jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-bura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati,menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari.Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

5 ) Wahai sahabatku,jika kamu mempunyai sahabat yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu

6 ) Wahai sahabatku,janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis dan meludahkan apa yang kamu rasa pahit.Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita sebaliknya

7 ) Wahai sahabatku,janganlah kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu.Jika tiada siapa yang lebih cerdas,pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan

8 ) Wahai sahabatku,janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan.Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada mereka yang lapar

9 ) Wahai sahabatku,jika kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkhawinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini kita akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkhawinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokan dunia sahaja.

10 ) Yang terakhir ialah , sampaikan lah pesanan ini kepada sahabat yang lain wahai sahabatku . tidak salah untuk kita saling pesan - memesan perkara yang baik berbanding yang lagha !


* KEHIDUPAN KITA INI DIIBARATKAN SEPERTI KAPAL YANG BELAYAR DI LAUTAN DALAM DAN TELAH BANYAK MANUSIA YANG KARAM DIDALAMNYA.JIKA KITA INGIN SELAMAT MAKA BELAYARLAH DENGAN KAPAL YANG BERNAMA TAKWA,ISI KANDUNGNYA IALAH AMAL SEDANG LAYARNYA PULA IALAH TAWAKAL KEPADA ALLAH

Ikhlas Daripada Sahabat Seagama Denganmu :
MUHAMAD SYAFIQ BIN MOHD NAZIR 
Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

- Sekadar Kertas !


Dunia sekarang ?
Ya , Aku persoalkan tentang sekarang !
Sekarang semua orang menjadi 
GILA
SOMBONG 
ANGKUH
BONGKAK
TULI
PEKAK
Dek kerana Sehelai 


YES ! just a piece of paper !


Sijil Kelahiran - KERTAS

Sijil Penghargaan - KERTAS
Sijil Kelulusan - KERTAS
Sijil Perkahwinan - KERTAS
Penulisannya - KERTAS
Passpot - KERTAS
Sijil perubatan - KERTAS
Jemputan ke program - KERTAS
Duit - KERTAS

SEMUA ITU HANYA KERTAS !


Kehidupan ini adalah seperti kertas, dilipat, disimpan, dikoyak dan dibuang. Dunia semuanya seperti kertas. Berapa ramai yang bersedih kerana KERTASnya, bangga kerana KERTASNya, malu kerana KERTASnya dan gembira kerana KERTASNYA.

Hanya satu kertas yang DIMILIKI seseorang tetapi TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri, SIJIL KEMATIANNYA. Kerana itu pastikan lah segala penulisan yang bakal ditulis di atas itu semuanya baik-baik belaka sebelum sijil itu dikeluarkan. Dan pastikan semua kandungan kertas-kertas yang tersebut di atas membawa erti dan makna bahagia hakiki melepasi dunia ini.

Aku menulis bukan untuk menunjukkan aku ini sudah cukup baik , tetapi aku cuba untuk menjadi baik . Aku mengarang bukan untuk mendapatkan perhatian , tetapi untuk cuba membuat kalian lebih prihatin . Aku berkata bukan untuk suka-suka , tetapi aku sedih melihat mereka yang suka untuk mengata . 

Ini nukilan aku !
Ini tulisan aku !
Ini nukilan aku !
Ini omongan aku !
INI AKU KESATRIA MOHD NAZIR ISMAIL !

MacDonalds Johor Bharu City Square
15.0035 pm
Ahad


Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

- Tupai Mana Yang Tak Pernah Jatuh Ke Tanah ?

Tak perlu aku huraikan , 
Tak perlu aku jelaskan ,
Kau perlu sedar , 
Dan kau perlu sedar !

Sampai bila kau nak "melompat"
Seronok ke kau asyik "melompat" aje ?
Suka ea hidup dengan "lompat" dan "melompat" 


Selalu "melompat" pun penat jugak tau !
Tak baik !

Tupai yang selalu "melompat" tu pun JATUH jugak ke tanah !

Kau pun akan JATUH juga!
Dalam sedar atau pun tidak sedar !
Kau pun akan JATUH juga 
Dalam cepat atau lambat !

Saat kau sudah JATUH ,
Kau akan tahu apa padahnya MELOMPAT ,
Saat kau sudah JATUH ,
Kau akan tahu apa seriknya MELOMPAT



Eh jangan terasa wahai sebujur tubuh yang mempunyai roh bernyawa !
Eh Jangan terasa ,Jangan !
Ini bukan tentang kamu !
Kamu baik , kamu tak pernah "MELOMPAT"
Kamu juga cakap aku sahaja yang selalu "MELOMPAT"
So jangan lah terasa !
Hehe :)

*Bila kau dah mula JATUH dari LOMPATAN demi LOMPATAN , kau ingat aku nak tolong BANGUNKAN kau dan bantu kau untuk MELOMPAT lagi ? MAAF !


P/S : Sebelum nak MELOMPAT , pandang kiri kanan dulu sayang 
      , kan dah JATUH ! Pity on you manusia



Sekarang aku sedar !
Indahnya LOMPATAN-LOMPATAN mu itu BITCH !







Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

- MEN[ I ]P[ U ] , TERT[ I ]P[ U ] & D[ I ]T[ I ]P[ U ]

Hahaha ! !
Entri ini macam menarik dan aku tertarik untuk menulis tentangnya !

Jijik ? Lawak ? Seronok ? Keji ? 
Kau ungkapkan sendiri .
Kau persoalkan = Kau jawabkan 

Apa bezanya kau ? 
Apa bezanya kau ?
Dan apa bezanya kau ?

Aku = Menipu → Ditipu Tertipu 
Kau = Tertipu Ditipu Menipu 

Sayang kan ?
Kau berkata-kata seperti kau ini sangat mulia ?
Owh hampir terlupa saat ini !
Kau kan SEMPURNA !

Maaf ! 
Kesempurnaan kau itu PEKAK .
Maaf !
Kesempurnaan kau itu BUTA
Maaf !
Kesempurnaan kau itu BISU 
Dan yang paling JELEK !
Kesempurnaan kau ?
CACAT

Adanya ini bukan untuk menghina , 
Bukan mengherdik , 
Jauh sekali membenci .
Tapi apakan daya ?
Kau yang . . . . 
HINA ! HERDIK ! BENCI !
sebujur badan yang tidak lah besar dan tidak jugalah kebal dari melakukan kesalahan .

Kau terasa ?
Perlu ?
Perlukah kau terasa ?
Oh itu hanya naluri hati yang mendorong menerjah ke lubang pemikiran rongga akal yang mati !
Jangan terlalu PERASAN !

Jika kau terasa apa yang aku cuba huraikan ? 
Bagus !
Jika kau tidak terasa apa yang aku cuba huraikan ?
Bagus !

TERASA = ALHAMDULILLAH , SEDAR DIRI 
TIDAK TERASA = ALHAMDULILLAH , BAIK BUDI 


AWAS !
Ini tidak ada kena mengena sama ada yang hidup atau yang mati , tapi ia ada kena mengena antara PENIPU , DITIPU & TERTIPU !

P/S : Sebelum engkau cuba untuk menipu , percayalah anda 
      telah terlebih dahulu ditipu ! Sebelum engkau menjadi 
      penipu , ada orang yang lagi cepat buat engkau 
      tertipu :D


*Jangan pernah mengaku bahawa hidup anda selama ini semuanya JUJUR !






Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

- Masih Kurang ? SURE ?

Lumrah hidup dekat dunia semua orang nak apa yang dia inginkan ! In fact aku pun sama sahaja macam mereka :D xlebih xkurang ! But dalam persamaan itu ada juga tersimpul kemas satu per dua ketidaksamaan antara mereka termasuk aku sendiri !

Aku rasa nya perlu bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang , aku punya KELUARGA , KAWAN , ADIK BERADIK , PELAJARAN , KESERONOKAN , TEMAN ISTIMEWA , KASIH SAYANG .

Adakah itu semua masih kurang ? Kau rasa itu kurang ? Are you sure with your word ?! 

If you really sure with your word ! I think you better get a few minute to realize back what were you said !

Kenapa kita perlu masih merungut , merengek , mengeluh dan menyatakan itu semua masih kurang ?

Just put yourself in this shoes .

1)Bayangkan mereka yang punya semua NIKMAT di atas tapi hidupnya tidak bahagia ?
2)Bayangkan mereka yang punya semua NIKMAT di atas tapi hidup tidak berkeluarga
3)Bayangkan mereka yang punya semua NIKMAT di atas tapi hidupnya tidak berpelajaran
4)Bayangkan merekan yang punya semua NIKMAT di atas tapi hidup sebagai anak tunggal !

Kau perlu berasa sangat beruntung ! beruntung sebab kau punya apa yang mereka tiada dan harap !

Aku bukan nak jadi orang yang pandai berkata-kata tapi aku cuba menyatakan apa yang aku rasa !

Kita kena BERSYUKUR bukan SOMBONG !

SOMBONG = Nikmat hilang sekelip mata !
BERSYUKUR = Nikmat datang tak di jangka !

Setiap orang punya nikmat mereka sendiri , seperti juga aku ! dan aku juga ada merasakan ada yang tidak cukup dengan aku .

Apa yang aku tiada ialah DUIT !

Itu kadang menyusahkan , menyulitkan serta membunuh aku dalam diam ! tapi aku tetap bersyukur dengan kurnian nikmat yang lain :'D

P/S: *AKU MUNGKIN TIDAK PUNYA DUIT , TAPI AKU RASA DIRI AKU 
     DIRI AKU LEBIH SEMPURNA DARIPADA MEREKA YANG HANYA
     PUNYA DUIT *
Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

- KALAU

Kalau aku tunggang tonggek bersujud yang SATU itu suatu lakonan bagi kau
Aku hentikan

Kalau segala nasihat nasihat , hujah bahasa , membidas dosa itu racun bagi kau
Aku diamkan

Kalau dengan mengucap kalimah syahadah itu suatu masalah dan halangan pada kau
Aku kemamkan

Kalau dengan pakaian aku yang pelbagai itu menyakitkan mata kau
Aku hentikan

Kalau dengan mengambil berat itu suatu teater bagi engkau
Aku abaiikan

Kalau dengan mengingati kesalahan dan kejahilan aku pada masa lalu itu menghalang kau untuk terus mencaci
Aku lalaikan

SEBAB ?!

aku teringin nk jadi macam kau !
Hidup Mewah Ramai Suka

Aku  tengok kau hidup sangat senang !

USAHA = TAK PAYAH
TAWAKAL = TAK PAYAH
BERDOA = MAIN-MAIN

Aku tengok kau bebas !
SUBUH = BERDENGKUR
ZOHOR = TIDUR
ASAR = ENJOY
MAGHRIB = FACEBOOK
ISYAA = TWITTER
*WAKTU DI ANTARANYA , MAKAN & TIDUR

So why not aku cuba menjadi seperti kau , cuba menjadi bebas , dihormati , disukai oleh ramai orang .


Kau ini seperti ROLL MODEL jugak kan !
Sebab kau sangat PERFECT !

Aku akan mulakan perubahan itu ,

DRASTIK !

Aku tidak akan kehilangan apa-apa , rugi apa-apa , untung pun tidak . !

TAPI ! ! ! !

In fact you must to know , Segala perubahan ini bakal TERBAYAR !
Terbayar dengan AMALAN yang engkau lakukan di sini :D

Terima Kasih SYAITAN 

Engkau sangat murah hati :D







Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

Separuh Jalan

Sekejap lagi . .
Lepas asap beracun ini habis ku sedut .
Sikit sahaja lagi .
Ia sampai ke penamat .

Ya sudah tiba masanya ,
Aku ucapkan ,
Ucapkan suatu rangkap ,
Bukan puisi , sajak , gurindam jauh sekali .
Ucapkan satu rangkap ucapan yang sering engkau lupakan .
Ucapan yang ringkas tapi natijahnya ia penuh dengan isi

Sudah separuh jalan ,
Ya , itu yang aku ingat
Tapi aku tak pernah jemu untuk mengingatkan

Hari ini , Malam ini , Jam ini , Minit ini , Saat ini , Detik ini ,
Kita sudah separuh jalan .
Jalan yang berliku itu sudah kita harungi .
Tapi ianya masih panjang .
Kita hanya di pertengahan .

Aku ungkapkan bukan untuk cacian , 
Tidak ku pinta herdikan ,
Jauh sekali penghinaan .

Cuma aku teringin sedikit " PENGHARGAAN "

Aku ungkapkan dengan lafaz BISMILAHIRAHMANIRAHIM 


HAPPY SIXTH MONTHSARRY BABY :*













Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

Komplikasi


 
Aku baring ,
Manusia ajak keluar ,
McD jadi penyasar ,

Sampai di McD ,
Aku tarik kerusi ,
Aku buka lappy ,
Aku bukak untuk mencari .

Aku tunggu ,
Perut berlagu ,
Purse di rumah ,
Aku beli ,
Beli lapar .

Aku cari webbie ,
Aku masuk ,
Aku buka Blooger ,
Tulis entri .

Mata aku pusing , juling , pening
Otak aku dungu , tepu , beku ,
Aku tenung , tenung lagi .
Aku termenung !

Apa aku nak buat ?
Apa aku nak tulis ?
Ohh ini bosan , 
Kebosanan di hadapan Lappy ~

# Ini bukan puisi tapi satu komplikasi antara aku , perut , beg duit , dan BOSAN ! 



Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini