- Wasiyyah Buat Seagama Denganku

Ini adalah wasiyyah buat mereka yang seagama denganku , aku cuba untuk mengingati diri aku dan kamu serta kita semua yang mungkin sedikit terleka . Ingatlah dengan sebenar ingatan akan kata-ll ini wahai sahabat dan ulangilah ia sehingga ia meresap ke seluruh hatimu dan terkesan pada setiap zarahmu.Kelak apabila dijemput pulang ke perkampungan AKHIRAT yang kekal, hendaklah kamu berpegang pada kata-ll ini dengan bersungguh-sungguh.

Beginilah pesanan aku buat kamu sekalian

1 ) Wahai sahabatku,jika kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja yang menyuburkan tanaman

2 ) Wahai sahabatku,engkau dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tertangga yang jahat

3 ) Wahai sahabatku,berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada disekelilingmu

4 ) Wahai sahabatku,jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-bura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati,menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari.Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

5 ) Wahai sahabatku,jika kamu mempunyai sahabat yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu

6 ) Wahai sahabatku,janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis dan meludahkan apa yang kamu rasa pahit.Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita sebaliknya

7 ) Wahai sahabatku,janganlah kamu melantik seseorang yang bodoh menjadi utusanmu.Jika tiada siapa yang lebih cerdas,pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan

8 ) Wahai sahabatku,janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan.Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada mereka yang lapar

9 ) Wahai sahabatku,jika kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkhawinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini kita akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkhawinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokan dunia sahaja.

10 ) Yang terakhir ialah , sampaikan lah pesanan ini kepada sahabat yang lain wahai sahabatku . tidak salah untuk kita saling pesan - memesan perkara yang baik berbanding yang lagha !


* KEHIDUPAN KITA INI DIIBARATKAN SEPERTI KAPAL YANG BELAYAR DI LAUTAN DALAM DAN TELAH BANYAK MANUSIA YANG KARAM DIDALAMNYA.JIKA KITA INGIN SELAMAT MAKA BELAYARLAH DENGAN KAPAL YANG BERNAMA TAKWA,ISI KANDUNGNYA IALAH AMAL SEDANG LAYARNYA PULA IALAH TAWAKAL KEPADA ALLAH

Ikhlas Daripada Sahabat Seagama Denganmu :
MUHAMAD SYAFIQ BIN MOHD NAZIR 
Syukran , Anda Secara Tidak Langsung Termasuk Dalam Diari Kehidupan Ini

No comments:

Post a Comment